6 Januari 2009

ni cinta ke nafsu?

sebenarnya ni takde idea nak tulis apa, tu yang pilih topik ni plak kali ini..

................................................................................................................................................................................

ada yang slalu tanya : "aja, takkan sampai sekarang takde pakwe? x teringin ke?"

pastu aku dengan girang p0n menjawab : "dah xde orang nak..""hehehe. betul.."

pastuh orang tu p0n menyerah, x tanye lagi. tapi wat sementara jak! nanti laen kali kalau dia teringat lagi, dia wat lagi! adeh..penat layan..so, ni entry tuk dia, kasi tau sket pe yang sebenarnya aku rasa..s0 lepas-lepas ni kalau dia tanya lagi, x tau r nak jawab pe..huhu!

makcik! baca neyh..

k, kita flashback sket..
masa tuh f0rm 1, aku masuk smka kuala selangor. pertama kali masuk sekolah berasrama, so aku agak fragile sket tyme tuh. sket-sket nangeh! hehehe. tambah plak, tyme tuh memang aku xde kawan sangat..sume d0k pakat kutuk2 gigi aku..hahaha..tyme budak2, sume x matang lagi..tapi ada s0rang mamat ni, senyum je bila jumpe aku. baik sangat. n sampai sekarang aku tak pernah dengar dia kutuk aku. 'Sm' baik, kadang-kadang dia concern ngan aku. ada satu masa tuh, petang ahad, aku lepak kat kelas sens0rang. tiba-tiba dia lalu. pastu dia patah balik, masuk kelas aku. tau pe yang dia wat? dia tanya aku x panas ke, then dia on-kan kipas.x sempat aku nak cakap pape. hahaha. x boleh blah. baik gila. mana aku x sayang dia, 'Sm'. aku sayang dia sampai aku pindah mrsm pasir salak tyme form 4.

so, abeh cite 'Sm' kat situ. sebab kit0rang memang x berhubung langsung. masuk maresmaps, aku bukak lembaran baru. nak cuba lupakan 'Sm'. aku jalani hidup menengah atas aku dengan bahagia, dengan kenakalan yang membuak-buak. hahaha. balas dendam tuk waktu yang pedih tyme kat smkaks dulu. tapi kat kelas tuh, ada r s0rang makhluk ni, x puas ati jak ngan aku. pantang ada silap sket, musti nak kenakan aku! ceyt! tapi dak-dak kelas suka gosipkan aku ngan dia. ada ka patut! tapi yang paling aku ingat, aku suka tido dalam kelas. ada sekali tuh, kena serang ngan cikgu kimia yang sememangnya anti-aku. tau dia watpe? dia bangun n back-up aku. hahaha. last-last, dua-dua kena berdiri dalam kelas. yeay! pastu, form 5 dia, si 'Sq' pindah sekolah. aku rasa kosong. setahun kit0rang x kontek. baru aku sedar aku sayang dia. terbayang-bayang muka dia. hahaha. x boleh blah! abeh spm, s0meh0w, kit0rang terhubung balik. epy! kitorang terus berhubung sampailah aku masuk matrix. buat aku betul-betul nanar akan dia, walau kit0rang x pernah nak jumpa. tapi tiba-tiba, dia menjauh. seakan marah akan aku. aku x paham. nak tanya dia, tapi dia betul-betul buang aku. adeh..pedih sangat. aku asyik nangeh je teringat 'Sq'.

sampai abeh cuti raya kat matrix. aku x balik ujung minggu tuh. n jeng-jeng, aku mulai balik perangai kat mrsm. main mercun! huhuhu. tapi, tiba-tiba, aku nampak sorang mamat kerempeng nih lalu. seyes. aku terpaku. tak tau nape. x bole nak bergerak. selidik punye selidik, 'Sy' nama dia! yes! dapat p0n nama! buat pertama kali untuk beberapa bulan, aku x nangeh lagi malam-malam sebelum tid0. aku terus ikut perkembangan si 'Sy' ni. dari kisah keluarga, sampai kisah awek dia. hehehe. mcm stalker plak aku rasa. tapi aku tak pernah terpikir nak bercakap ngan dia. abeh, mana taknya! asal jumpa je, musti kaki ketar. seyes! kalau dari jauh aku dah nampak dia, aku akan pusing blk, amek jalan jauh xnk bertembung ngan dia. hahaha. paling gila, ada sekali tuh aku kuar library, aku rasa kaki aku cramp, xleh jalan. jantung aku laju gile. sampai terduduk aku kat tiang susur gajah tuh! hahaha. aku angkat kepala, rupa-rupanya si 'Sy' baru kuar dari kelas. patut pon.. member2 aku suma kata aku gila. bukan angau, tapi betul-betul gila. hahaha. tapi aku x kesah, janji aku dah x ingat si 'Sq' lagi. sampai dah nak abeh matrix, ada member aku ni wat gila. masa tuh, malam dinner, malam terakhir kit0rang kat kmj. dia g cakap ngan 'Sy' yang aku nak amek gambar ngan dia. x boleh blah! yang si 'Sy' pon layan je minah tuh! adeh..ketar lutut ceq!... abeh matrix.

pastuh aku gi medan, sambung blaja. hehehe. dah jauh ni, berani sket nak try kontek 'Sy'. aku pon msg dia pakai no yang aku dah dapat setahun yang lalu. dari situ kit0rang berhubung. seyes, seb bek aku jauh. so memang memberi aku keberanian tuk berkawan ngan dia. hehehe. sampai sekarang, dah 3 lebey tahun aku sayang dia. tau tak part paling best? dia lah orang yang pertama aku berani gitau. yup! tahun lepas aku ngaku kat dia. dan yang lebih beshnye, dia x kisah, x takut nak terus berkawan ngan aku. hehehe. epy gila! sampai sekarang, kit0rang tetap saling mendukung masing-masing dalam mengejar cita. saling memberi nasihat, pandangan dan sokongan. walau jauh. aku suka perasaan ni. mungkin sebab tuh aku da tak buka hati aku lagi tuk orang len. sory 'F, 'D',n 'M'.masalahnya bukan kat korang, tapi aku.aku x boleh. aku dah terlanjur sayang ngan 'Sy'.

s0, dah paham makcik! hehehe. bukan aku xnak, tapi x boleh. lagipon, terus terang, aku memang tak pernah terpikir nak bercinta. walau 'Sy' pernah tanya, tapi aku memang x boleh. aku hanya mampu menyayangi, even dengan 'Sy.' kalau mencintai, aku x mampu. setakat ni yang aku cintai hanya Allah, KekasihNya, dan dua mak ayah. even adik-beradik p0n aku hanya menyayangi. bagi aku, cinta tuh terlalu agung tuk aku permudahkan. dan memang dari saat aku belajar tentang perasaan, aku dah tetapkan rasa cinta aku yang 1 ni HANYA untuk sang suami. biarkan aku menjaga agar tetap begini. sebagai hadiah tuk dia, sape-sape je nanti, sebab sudi memikul tanggungjawab akan diri ini. aku xde rupa, harta apatah lagi. akhlak pon cukup-cukup makan je. so, aku rasa, ni je yang mampu tuk aku sediakan tuk dia. sebuah cinta. hehehe. lantak r ko nak kata aku kolot 0r poyo. aku tarak kesah! hehehe. pasni, kalau ko tanya lagi, siap ko!

p/s : ada s0rang member pernah s0kong aku. dia sedarkan aku yang ni p0n salah satu jihad kecil. so, mudah-mudahan dapat r tambah pahala aku yang memang sikit nih! huhuhu!

3 ulasan:

Najlaa berkata...

tertarik aku dgn ayat ko, yg cinta hanya utk suami. aku rasa, aku punyai perasaan sama mcm ko.. syukur bertemu teman sespesis.hehe

anyway, aku tau siapa sq..muahaha

buntalnakal berkata...

hahaha!
rahsia 'sq' antara kite je k?
huhu!

Tanpa Nama berkata...

sy?
ehehe..
oh matrix

hati mmg mudah jatuh sayang
jatuh cinta yg susah