Dia tersepit. Terperangkap dalam dilema. Impian orang tuakah atau citanya sendiri. Namun,digagahkan jua kerajaan dan raganya untuk melangkah ke dalam lorong permintaan sang cintanya yang terlalu berharga untuk dilukai. Terbanglah dia ke seberang,mencari belas dari pihak lain yang mungkin akan memberi sinar baru untuk dia tetap berada di atas landasan profesi idaman semua.
Di tempat baru yang masih asing, dia dipertemukan dengan beberapa saingan yang bakal merebut kerusi cita barunya. Namun, dia lebih memandang mereka sebagai teman penghibur hatinya yang masih separuh rela. Di ceruk kota, tinggallah mereka di dalam rumah yang mereka belum ketahui akan melakar sejarah berharga dalam kehidupan masing-masing. Rumah yang sebenarnya dibina bertiga, terkombinasi sendiri menjadi satu, menjadikan mereka satu keluarga besar. Yang saling menjaga. Walau berbeza anutan dan bangsa, semuanya malah tidak menjadi cela.
Saat pertama dia jejakkan kaki di rumah itu, matanya langsung tertancap pada O, yang disangkanya berbeza bangsa. Walau pusat perhatian petang itu pada F yang cuba mencari teman dekat antara kami, sang pendatang baru yang agak lambat tiba berbanding mereka.
Namun dia tidak menghiraukan kewujudan seseorang itu. Sehinggalah beberapa hari kemudian, alangkah kepalangnya dia terpana saat sesorang itu, memberi salam pada tema n mereka, sang penjaga rumah. Tidak dia sangka bahawa O juga menyintai Sang Pencipta dan Kekasih yang sama sepertinya.
Saat pertama dia jejakkan kaki di rumah itu, matanya langsung tertancap pada O, yang disangkanya berbeza bangsa. Walau pusat perhatian petang itu pada F yang cuba mencari teman dekat antara kami, sang pendatang baru yang agak lambat tiba berbanding mereka.
Namun dia tidak menghiraukan kewujudan seseorang itu. Sehinggalah beberapa hari kemudian, alangkah kepalangnya dia terpana saat sesorang itu,
Namun, dia masih belum pernah berbicara dengan O. Sehinggalah teman dekat O, si W yang sememangnya sering mengisi tawanya meminta pertolongannya. Untuk membantu mereka dalam menjalankan ibadah puasa pertama di seberang.
Bantulah dia membangunkan tiga sekawan; O, W dan F untuk bersunnah sahur.
Walau tidak sempurna, namun dia gembira. Sehinggalah suatu hari, sang kekasih O tersalah sangka lalu bermulalah drama. Dia dimaki atas bukan silapnya. Kecewa, marah dan terkilan pada O bernuansa dalam hatinya, sehingga dia memutuskan untuk tidak mempedulikan O lagi.
Beberapa bulan kemudian, telah banyak peristiwa melanda para penghuni rumah itu. Dengan masing-masing polanya. Segalanya hampir berubah; persahabatan terobek, kepercayaan dikhianati, tiada lagi kesucian dalam ikatan yang dijalinkan. Namun, disitu jugalah dia memperoleh jendela peluang merapatkan ikatan persahabatan dengan O dan W. Mereka saling menjaga, merawat luka. Berlarutan sehingga mereka kembali ke tanah air. Dia semakin akrab dengan sahabat barunya sehingga dia mampu merawat pedih hati yang menyayangi sang kenalan yang tidak terjangkaukan, kenalan lama dari kolej.
Kembalilah mereka ke daerah yang telah ditakdirkan buat mereka mengejar cita. Keakraban yang bukan main memprovokasi dia untuk mengukuhkan rasa sayang pada O yang telah lama berputik. Dan hampir semua tahu rasa sayangnya itu. Sehinggalah bukti perasaan itu terdampar di tangan sang penerima sayang. Malu
Betapa beratnya rasa derita yang dirasa di punda
Dia cuba mengumpul kembali sisa-sisa kerajaannya yang terurai berkeping-keping. Setahun dia lalui dengan senyum kepuraan, dengan tawa yang dibuat. Jauh di sudut hatinya, masih tersisa ruang yang senantiasa mendoakan kesej
Siang dia beraktiviti, malam dia menguliti doa untuk O. Tak sekalipun dia lelah. Tapi, bahagian bawah roda hidupnya kembali menyesakkannya. Dia dikhabari sang penerima untaian doa malamnya seperti malu kerana pernah bersahabat dengannya. Menjatuhkan harga dirinya di belakang. Mengutuk akan kekurangan dia yang merupakan kurnia dari Sang Pemurah. Merobohkan rasa percaya akan diri sendiri untuk memandang cermin yang dia telah bina bertahun. Pedih tak terungkap menikam ulu hati. Namun, apa yang mampu diperbuat olehnya?
Hanya doa agar mereka diampunkan dan sinar damai kembali singgah di setiap detak jantungnya yang mampu dipohon saban dini hari.
Ya Allah, mungkinkah ini bahagian dari hukuman atas pengkhianatan yang pernah aku lakukan dahulu? Hanya kepadaMu aku memohon belas dan kasih sayang...